Monday, August 10, 2009

LANGKAWI
SELAMAT DATANG KE LANGKAWI







Pulau Langkawi

Langkawi adalah gugusan 99 buah pulau yang terletak di luar pesisiran pantai Kedah.Ia sebuah pulau legenda yang penuh misteri, selain pusat perlancongan bertaraf antarabangsa dunia. Tanyalah sesiapa saja di pulau ini, tentang wanita cantik bernama Mahsuri. Anda akan mendengar kisah cinta, cemburu, dan sumpah yang diletakkan ke atas pulau ini selama tujuh keturunan. Nikmati keindahan alam semulajadi serta ketenangan landskap padi di sini dengan memandu di seluruh pulau ini. Anda juga boleh melawat Padang Beras Terbakar, Telaga Air Panas, Telaga Tujuh, dan Pantai Pasir Hitam. Terdapat juga lawatan menggunakan bot ke Tasik Dayang Bunting, Gua Cerita dan Gua Langsir. Jika anda seorang yang gemar cabaran yang lasak. anda boleh juga menjelajah kawasan hutan di kawasan hutan di Langkawi, menaiki bot mengelilingi kawasan paya bakau, menyelam, atau bermain golf di pusat peranginan bertaraf lima bintang bintang di pulau ini.









Sky Brige ( Langkawi )







Pulau Berjaya







Pulau Berjaya Pulau Dayang Bunting

Pulau Dayang Bunting adalah pulau kedua terbesar dalam gugusan Pulau Langkawi, dan merupakan destinasi pelancongan yang popular.








Pulau Beras Basah


Terletak di kawasan yang kaya dengan flora dan fauna dan anda boleh berkunjung di pulau ini, selain Pulau Singa Besar dan Pulau Dayang Bunting dengan menggunakan perkhimatan botyang disediakan di Jeti Perlancongan di Pekan Kuah dan Pantai Cenang.





PENGANGKUTAN
Feri

Pengangkutan feri bertolak dari perlabuhan Kuala Kedah setiap satu jam mulai pada pukul 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Perjalanan ini memakan masa 1 1/2 jam. Terdapat juga perkhidmatan feri dari pelabuhan Kuala Perlis dan pelabuhan Satun dari Thailand. Kedua-dua perjalanan feri ini memakan masa hanya 45 minit ke Langkawi.


Penerbangan

Kedua-dua syarikat penerbangan, MAS dan AIR ASIA menyediakan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Langkawi yang mendarat di Lapangan Terbang Langkawi.

Bot

Pergi ke Pantai Cenang dan sewa bot yang terdapat di sini. Perkhidmatan bot juga terdapat di lokasi lain seperti Awana Porto Malai Resort.



PENGINAPAN


Terdapat pelbagai kemudahan penginapan di pulau ini untuk para pengunjung seperti Chalet hingga Hotel mewah bertaraf 5 bintang.


TEMPAT PENGINAPAN PULAU DAN TEPI PANTAI

FOUR SEASONS LANGKAWI ( RM 1665-RM 2220 )
Terletak di pantai cantik di Tanjung Rhu, four seasons menggabungkan senibina yang unik serta perkhimatan yang baik.



MUTIARA BURIA BAY HOTEL ( RM 380- RM 1000 )
Resort di kawasan Teluk terlindung mempunyai pasir putih berhadapan andaman yang tenang.



THE DATAI ( LANGKAWI ) ( RM 2000- RM 10,000 )
Laut ini berhadapan dengan Laut Andaman, dan terkenal dengan pantai pasirnya yang putih.






Hotel 5 Bintang





Beach Restaurant

Swimming Pool
















Video Langkawi _ Malaysia Tourism


No comments:

Post a Comment