Sunday, August 23, 2009

Punca-Punca Pengangguran Di Malaysia.

Di Malaysia terdapat ramai penganggur yang masih tiada sebarang pekerjaan. Ramai graduan-graduan yang masih menganggur selepas tamat pengajian. Ramai dari lepasan sekolah dan institusi pengajian tinggi kini sedang sibuk mencari pekerjaan dalam mengisi pelbagai kekosongan jawatan di pelbagai sektor namun kadar pengangguran di negara ini dilihat semakin membimbangkan dan perlu diambil tindakan sewajarnya.
Saban hari memperlihatkan begitu ramai pencari kerja memohon pekerjaan untuk ditemuduga secara terus oleh syarikat-syarikat yang berdaftar dan mereka sememangnya tidak memilih pekerjaan dan menerima apa sahaja jawatan sebagai langkah sementara untuk hidup sebelum mendapat pekerjaan yang lebih sesuai. Namun kita perlu bersedia mengawal masalah pengganguran supaya penganggur-penganggur ini tidak membazairkan masa dengan menyertai perkara-perkara yang tidak berfaedah.



Antara punca-punca kita menganggur disebabkan oleh:


Memilih Kerja - Kita mesti perlukan sesuatu kerja yang sesuai dengan ijazah dan Diploma yang dimiliki tetapi dengan demand yang tinggi, dan ia tiada sebarang pengalaman. Siapa hendak beri pekerjaan tersebut, melainkan bermula dari bawah.

Perlukan Pengalaman - Pergilah mana-mana Syarikat besar, mesti mereka akan menekankan tentang pengalaman kita sebelum ini. Sekurang-kurangnya 1 tahun @ lebih lagi bagus. Bagi mereka, tidak perlu memberi tunjuk ajar lagi. Bagi pendapat saya, bagus juga perlukan pengalaman, tapi fikir balik mereka perlulah memberi peluang kepada kita yang ada Diploma @ Ijazah ini untuk mencuba nasib. Siapa lagi hendak memberi pekerjaan kepada kita selain mereka yang mempunyai Syarikat besar-besar ini. Inilah satunya sebab ramai yang menganggur.

Kualiti Sijil/Diploma/Ijazah yang tak diiktiraf dan tidak menepati piawaian dan standard yang diperlukan -
Contohnya : Sesuatu couse di sesuatu Universiti itu menekankan kepada keseimbangan keperluan elemen teori dan teknikal manakala di U yang lain bagi course yang sama pula hanya menekankan aspek teori sahaja dan tidak begitu fleksibel jika nak dibandingkan dengan U yang satu lagi. Pernah terjadi di sebuah Universiti di malaysia ini.

Masalah Gaji yang dipohon - Ramai perlukan gaji yang banyak, tetapi baru sahaja graduate & tida sebarang pengalaman kerja. Kita ambil dulu peluang yang ada walaupun gaji sikit. Kita kerja dulu macam mana, at least kita dapat juga pengalaman selama kita kerja disitu.

Datang interview tiada persediaan - Dah tau nak pergi interview, bersedia dengan sebarang kemungkinan. Survey dulu Company tu kat mana2. Selain daripada itu, sediakan sijil2 yang kita miliki, dah tahu nak interview hari ini, pagi ni jugalah nak cari, macam mana tak lupa. Sekurang-kurangnya kita perlu membuat persediaan, berpakaian kemas wajib bila pergi interview, jangan pakai ikut hati je.

Ketiadaan " soft- skill " - Seperti kemahiran komunikasi dan keyakinan menjawab soalan ketika ditemuduga, kurang daya ketrampilan dan lemah penguasaan bahasa Inggeris. Oleh itu, para pencari kerka kini seharusnya memperlengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran supaya halangan dapat diatasi semasa proses temuduga.

Pendatang Asing - Namun masalah kebanjiran pekerja asing di negara ini samada dari Indonesia, Vietnam, Kemboja, India dilihat menjadi punca kepada pencari kerja untuk memilih kerja dan kerajaan perlu mengambil langkah-langkah segera dan bijak untuk menangani isu pengangguran yang kian meruncing. Rakyat juga perlu membantu kerajaan dengan menggubah sikap jika tidak mahu terus menganggur serta semua pihak perlu berganding bahu untuk menyelesaikan isu yang serius ini kerana kita tidak mahu generasi akan datang terpaksa mencari pekerjaan di negara asing kerana negara sendiri tidak dapat menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduknya. Namun, buat masa ini hakikatnya, golongan pekerja asing tetap diperlukan dan mereka juga menyumbang kepada ekonomi negara dan mereka diuruskan dengan baik, pekerja-pekerja ini dengan secara tidak langsung dapat meningkatkan jumlah pekerjaan bagi pekerja tempatan.

Sikap pekerja tempatan - Perlu dipersalahkan, mereka mempunyai sikap yang buruk dan sentiasa menuntut gaji yang tinggi dan hari cuti yang banyak sebagai syarat perlantikan mereka di sesebuah syarikat. Pekerja tempatan yang mempunyai sikap malas ini selalu datang kerja lewat dan bersikap ringan tulang ketika waktu bekerja manakala mereka yang bekerja pula gagal mengikut kursus-kursus atau belajar semula di universiti untuk memperbaharui kepakaran dan meningkatkan kecekapan. Oleh itu, kepakaran yang ada cepat luput dan insiden ini berlaku secara kerap di sektor perkhidmatan seperti industri teknologi maklumat serta industri ini memerlukan pekerja-pekerjanya memperbaharui kepakaran mereka kerana perkembangan teknologi kini dilihat begitu pesat.

Kesimpulannya - Setiap Institusi Pengajian Tinggi seharusnya dapat membina kurikulum akademik dan kurikulum bukan akademik yang boleh melahirkan graduan yang yang berpersonaliti unggul dan menjadi pemangkin dalam pembentukan masyarakat ke arah lebih progresif dan dinamik untuk siswazah atau peserta akan diserapkan memasuki mana-mana syarikat swasta yang terpilih untuk menjalani latihan kerja terutama dalam jurusan teknologi maklumat. Golongan siswazah pada hari ini bukan sahaja harus memiliki kelayakan akademik tetapi turut sama dilengkapi dengan kemahiran kerja yang diperlukan oleh pasaran kerja kerana mereka berpeluang untuk menjalani latihan untuk menjadi pekerja mahir.

4 comments:

  1. http://formulaluarbiasa.com/recommends/joe154

    dptkan laporan dan teknik menjana income di internet secara PERCUMA! di sini...rebutlah peluang ini kerana teknik yg sgt berguna dan ianya PERCUMA!

    ReplyDelete
  2. The unemployed have no skills, communication low, weak in the subject, not enough vitamin health, bad writing, mind damp, hands trembling, slow work and not able to work faster and less stamina as well as no suitable work in near home.

    ReplyDelete
  3. Karangan yang bagus.. Tapi ada kesalahan tatabahasa sedikit.. Penggunaa Ramai graduan-graduan adalah salah..sepatutnya ramai graduan@ graduan-graduan

    ReplyDelete