SAYA ANAK MALAYSIA, SATU WARISAN, SATU MATLAMAT
Beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari yang penuh sejarah iaitu Hari Kemerdekaan pada 31-08-2009 yang ke - 52 tahun. Banyak pengalaman kita telah tempuhi demi memartabatkan sebuah bangsa dan negara yang merdeka. Alhamdulilah, sekarang negara kita masih dalam keadaan aman dan makmur tanpa peperangan walaupun akan menyambut merdeka dalam tempoh 3 hari lagi. Kita amat bersyukur kerana negara kita jauh daripada peperangan, tidak seperti negara Palestin yang sudah merdeka tetapi masih berperang dengan negara-negara lain dan masih dijajah oleh negara barat. Negara masih tidak merdeka sampai sekarang ialah negara Israel yang masih dalam peperangan.
Bagi saya tahun ini lagi amat bermakna kerana kita satu malaysia yang berumat Islam menyambut merdeka dalam bulan Ramadhan. Dalam keadaan ini kita diwajibkan menyambut dalam keadaan sederhana dan perlulah menghormati bulan Ramadhan.
Wednesday, August 26, 2009
Sunday, August 23, 2009
Thursday, August 13, 2009
( PPSMI YANG DIANJURKAN OLEH TUN DR. MAHATDIR )
MESTILAH SETUJU...
Dalam zaman dunia tanpa sempadan ini, janganlah kita memperkecil-kecilkan kebolehan dan keupayaan anak-anak luar bandar untuk belajar Sains dan Matematik dalam bahasa inggeris. Janganlah keadaan yang kita sendiri cetuskan menjadikan mereka merasa diri mereka rendah diri. Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa inggeris adalah atas dasar keperhatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi. Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa inggeris.
Pada pendapat saya PPSMI tidak perlu dimasuhkan dan mesti diteruskan dengan memberi peluang kepada anak-anak memperolehi sesuatu yang baik demi masa depan mereka. Kebaikan PPSMI tidak dapat dilihat dalam tempoh satu tahun. Ia merupakan kesan yang hanya akan dapat dilihat dalam jangka masa yang panjang yang akhirnya dapat dirasai oleh kita sendiri. PPSMI bukanlah bertujuan mendera pelajar, jauh sekali merubah pelajar Malaysia menjadi pelajar barat. Ia bertujuan untuk meningkatkan martabat bangsa dan negara kita. Saya berpendapat bahawa orang lain tidak dapat melihat apa yang difikirkan di minda Tun Dr. Mahathir ketika beliau merasakan bahawa PPSMI patut dilaksanakan suatu masa dahulu. Namun, beliau percaya bahawa PPSMI mampu mengangkasakan bangsanya ke suatu tahap yang mungkin tidak terduga kita. Jika memasuhkan PPSMI ini hanya membawa kita terkebelakang.
Dengan adanya PPSMI ini saya merasakan bahasa inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini. Selain daripada itu juga, saya merasakan di universiti kelak, tidak kira kita berbangsa melayu atau tidak, kita perlu juga belajar bahasa inggeris. Jika sudah tentu perlunya bahasa inggeris, kenapa tidak meluangkan masa untuk belajar sementara disediakan secara percuma oleh kerajaan. Saya merasakan alangkah lebih baik jika orang melayu mengembangkan pendidikan dan pelajaran berbanding mempertahankan bahasa melayu yang sememangnya digunakan lebih 60% penduduk malaysia. Saya berpendapat PPSMI ini bukanlah untuk merendah-rendahkan martabat bangsa melayu ini adalah untuk mengajar anak-anak bangsa kita lebih maju dan berkeyakinan pada masa hadapan. Dengan cara ini juga anak bangsa kita dapat mempelajari dengan lebih mendalam. Selain dari itu cadangan yang dikemukan oleh Tun Dr. Matahir adalah bagus untuk anak bangsa kita yang berada di pendalaman mempelajari semua ini. Sampai bila kita di luar ini hendak melihat mereka terus kolot dalam pembelajaran ini. Mereka pun ada cita-cita dan masa hadapan yang cerah.
Pembelajaran sains dan matematik dalam inggeris merupakan tindakan yang lebih baik kerana ia dapat melahirkan pemuda-pemudi yang dapat bersaing dengan negara lain. Serta kerajaan harus menyediakan kursus-kursus tertentu untuk guru-guru supaya mereka dapat menyesuaikan diri dalam menggunakan bahasa inggeris untuk mengajar. Ini amat penting supaya murid dapat memahami pengajaran cikgu dengan lebih baik.
Kesimpulannya, keputusan dasar untuk melaksanakan PPSMI bertujuan memastikan penguasaan yang lebih baik dalam sains dan matematik di kalangan murid memandangkan sebahagian besar sumbernya adalah dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung, pelaksanaan PPSMI diharapkan akan turut meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid.
Wednesday, August 12, 2009
Program ini dianjurkan sepenuhnya oleh " Kementeriaan Sumber Manusia " bagi memberi peluang kepada penganggur yang kehilangan sumber pekerjaan, lepasan SPM yang tiada sebarang pekerjaan dan para graduan-graduan yang masih menganggur. Dengan membekalkan elaun bulanan sebanyak RM 500.00 pada setiap individu dan berlangsung selama 3 bulan. Program seumpama ini menjadi landasan bagi kerajaan dan sektor swasta menangani isu pengangguran serta memberi peluang kepada kumpulan pencari kerja mengintai peluang pekerjaan dalam bidang yang mereka minati. Selain daripada itu dapat membantu para penganggur mempelajari sesuatu yang baru serta mendapat pengalaman, daripada membuang masa dengan tidak melakukan sebarang kerja. Dengan adanya program ini dapat membantu anak bangsa kita mendapatkan pekerjaan dan menghindarkan mereka daripada terjebak dengan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
Kementerian Sumber Manusia menyokong usaha ini sebagai satu galakan kepada pencari kerja memulakan langkah mereka menemui majikan dan bidang kejaya yang sesuai untuk diceburi.
KELEBIHAN
- Kementerian Sumber Manusia melalui Pakej Rangsangan Ekonomi telah mewujudkan skim latihan dan Penempatan kejaya untuk melatih pekerja yang diberhentikan atau graduan yang menganggur dengan tujuan:
- Membantu untuk penempatan kerjaya.
- Menambah baik skil kemahiran.
- Menambah peluang pekerjaan.
- Memperbaiki dan mempelajari lebih mendalam dalam komunikasi Bahasa Enggeris.
- Konsep pelaksanaan skim ini " Latih & Tempatkan"/ " Train & Place " dimana pekerja yang diberhentikan dilatih semula berdasarkan kekosongan jawatan atau tawaran dari bakal majikan.
- Elaun sara diri RM 500.00.
- Yuran dibiayai
- Persijilan dari Jabatan Pembangunan kemahiran & Kementerian Sumber Manusia.
- Tempoh latihan hanya 3 bulan sahaja.
KELEMAHAN
Kelemahan yang dapat saya lihat pada program ini ialah masa pembelajaran yang terlalu panjang tanpa rehat. Dengan cara ini individu tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya. Selain itu, kemerosotan dan kelemahan penguasaan bahasa inggeris dikalangan individu yang tidak mahir bertutur. Kekurangan alat-alat komputer, kerosakan pada komputer.
FAEDAH DAN CADANGAN
Dengan adanya program ini dapat membantu para penganggur yang tiada sebarang pekerjaan mempelajari sesuatu yang baru untuk menimba ilmu. Program ini memberi faedah kepada individu untuk belajar sambil mencari kerja tanpa membuang masa. Serta menjanjikan untuk mencari pekerjaan kepada individu yang menceburi program ini. Program ini juga memberikan pengetahuan dan pengalaman kepada individu serta dapat mengeratkan silatulrahim antara kaum. Program ini juga memberikan sijil pengesahan kepada individu yang mengikuti program ini yang diadakan selama 3 bulan.
Jadi saya mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya meneruskan lagi program ini di seluruh malaysia bagi ramai penganggur yang menganggur di luar sana yang sedang mencari peluang pekerjaan.
Tuesday, August 11, 2009
GAGASAN SATU MALAYSIA
Malaysia adalah gagasan bagi mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik untuk masa hadapan. Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan adat resam serta harus bersatu hati memperkasakan jatidiri untuk mencapai matlamat negara. Penduduk Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum merupakan kekuatan dan kelebihan yang ada pada negara yang dapat memacu negara ke tahap lebih tinggi. Masyarakat berbilang kaum tidak wajar dilihat sebagai satu liabiliti atau kelemahan. Ini akan memberi kelebihan kepada kita jika kita melihatnya daripada konteks positif. Masyarakat berbilang kaum adalah satu realiti politik. Ia adalah keunikan Malaysia. Asas pertama konsep 1 malaysia ialah untuk menukar cara berfikir semua rakyat Malaysia daripada sikap hanya bersandarkan kepada tolenrasi semata-mata kepada penerimaan sepenuhnya masyarakat berbilang kaum.
Setiap komuniti dan kumpulan etnik mempunyai keperluannya yang tersendiri, sistem nilai sendiri , aspirasi sendiri, agama dan cara hidup sendiri, dan perlu kita menghormatinya sepertimana termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Adalah penting bagi semua rakyat Malaysia untuk menjadikannya sebagai sebahagian daripada jiwa, sistem nilai dan cara hidup mereka.
Satu Malaysia juga bermaksud satu jiwa, satu hati, satu wawasan, impian, dan hasrat. Satu Malaysia membentuk jati diri bangsa malaysia, bersama-sama memaju dan membangunkan negara kearah Negara lebih maju, sejahtera, stabil aman dan makmur, cemerlang dan mencapai wawasan 2020. Selain daripada itu satu Malaysia juga bermaksud bagi memastikan malaysia sebagai sebuah negara yang selamat dan terjamin, iaitu bukan sahaja bebas daripada sebarang jenayah tetapi juga kejadian tidak diingini dan bencana angkara manusia.
Bagi krisis ekonomi yang masih belum memuncak kekal menjadi cabaran yang paling mendesak. Sungguhpun malaysia cukup bersedia untuk menghadapinya, namun kenyataannya adalah krisis itu bermula di luar kawalan dan impaknya yang mendalam juga akan ditentukan oleh kuasa luar. Untuk membuat persediaan menghadapi cabaran ekonomi ini, kita perlu memperkenalkan sejumlah insiatif, termasuk satu pakej rangsangan yang bermatlamat, langkah-langkah meningkatkan pendapatan, menjamin deposit simpanan dan kempen penurunan harga. Ia akan membolehkan malaysia meninjau semula dan mereka pasaran modal dan landskap kewangan kita, dimana perlu, dalam pasaran dunia yang begitu pesat berkembang ini. Secara bersama, ini menggambarkan satu rangsangan yang hebat kepada jentera ekonomi kita.
Monday, August 10, 2009
Sky Brige ( Langkawi )
PENGANGKUTAN
Feri
Pengangkutan feri bertolak dari perlabuhan Kuala Kedah setiap satu jam mulai pada pukul 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Perjalanan ini memakan masa 1 1/2 jam. Terdapat juga perkhidmatan feri dari pelabuhan Kuala Perlis dan pelabuhan Satun dari Thailand. Kedua-dua perjalanan feri ini memakan masa hanya 45 minit ke Langkawi.
Penerbangan
Kedua-dua syarikat penerbangan, MAS dan AIR ASIA menyediakan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Langkawi yang mendarat di Lapangan Terbang Langkawi.
Bot
Pergi ke Pantai Cenang dan sewa bot yang terdapat di sini. Perkhidmatan bot juga terdapat di lokasi lain seperti Awana Porto Malai Resort.
PENGINAPAN
Terdapat pelbagai kemudahan penginapan di pulau ini untuk para pengunjung seperti Chalet hingga Hotel mewah bertaraf 5 bintang.
TEMPAT PENGINAPAN PULAU DAN TEPI PANTAI
FOUR SEASONS LANGKAWI ( RM 1665-RM 2220 )
Terletak di pantai cantik di Tanjung Rhu, four seasons menggabungkan senibina yang unik serta perkhimatan yang baik.
MUTIARA BURIA BAY HOTEL ( RM 380- RM 1000 )
Resort di kawasan Teluk terlindung mempunyai pasir putih berhadapan andaman yang tenang.
THE DATAI ( LANGKAWI ) ( RM 2000- RM 10,000 )
Laut ini berhadapan dengan Laut Andaman, dan terkenal dengan pantai pasirnya yang putih.
Hotel 5 Bintang
Beach Restaurant
Video Langkawi _ Malaysia Tourism