Wednesday, August 12, 2009

PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN

Program ini dianjurkan sepenuhnya oleh " Kementeriaan Sumber Manusia " bagi memberi peluang kepada penganggur yang kehilangan sumber pekerjaan, lepasan SPM yang tiada sebarang pekerjaan dan para graduan-graduan yang masih menganggur. Dengan membekalkan elaun bulanan sebanyak RM 500.00 pada setiap individu dan berlangsung selama 3 bulan. Program seumpama ini menjadi landasan bagi kerajaan dan sektor swasta menangani isu pengangguran serta memberi peluang kepada kumpulan pencari kerja mengintai peluang pekerjaan dalam bidang yang mereka minati. Selain daripada itu dapat membantu para penganggur mempelajari sesuatu yang baru serta mendapat pengalaman, daripada membuang masa dengan tidak melakukan sebarang kerja. Dengan adanya program ini dapat membantu anak bangsa kita mendapatkan pekerjaan dan menghindarkan mereka daripada terjebak dengan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Kementerian Sumber Manusia menyokong usaha ini sebagai satu galakan kepada pencari kerja memulakan langkah mereka menemui majikan dan bidang kejaya yang sesuai untuk diceburi.


KELEBIHAN

  • Kementerian Sumber Manusia melalui Pakej Rangsangan Ekonomi telah mewujudkan skim latihan dan Penempatan kejaya untuk melatih pekerja yang diberhentikan atau graduan yang menganggur dengan tujuan:
  1. Membantu untuk penempatan kerjaya.
  2. Menambah baik skil kemahiran.
  3. Menambah peluang pekerjaan.
  4. Memperbaiki dan mempelajari lebih mendalam dalam komunikasi Bahasa Enggeris.
  • Konsep pelaksanaan skim ini " Latih & Tempatkan"/ " Train & Place " dimana pekerja yang diberhentikan dilatih semula berdasarkan kekosongan jawatan atau tawaran dari bakal majikan.
  1. Elaun sara diri RM 500.00.
  2. Yuran dibiayai
  3. Persijilan dari Jabatan Pembangunan kemahiran & Kementerian Sumber Manusia.
  4. Tempoh latihan hanya 3 bulan sahaja.

KELEMAHAN

Kelemahan yang dapat saya lihat pada program ini ialah masa pembelajaran yang terlalu panjang tanpa rehat. Dengan cara ini individu tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya. Selain itu, kemerosotan dan kelemahan penguasaan bahasa inggeris dikalangan individu yang tidak mahir bertutur. Kekurangan alat-alat komputer, kerosakan pada komputer.

FAEDAH DAN CADANGAN

Dengan adanya program ini dapat membantu para penganggur yang tiada sebarang pekerjaan mempelajari sesuatu yang baru untuk menimba ilmu. Program ini memberi faedah kepada individu untuk belajar sambil mencari kerja tanpa membuang masa. Serta menjanjikan untuk mencari pekerjaan kepada individu yang menceburi program ini. Program ini juga memberikan pengetahuan dan pengalaman kepada individu serta dapat mengeratkan silatulrahim antara kaum. Program ini juga memberikan sijil pengesahan kepada individu yang mengikuti program ini yang diadakan selama 3 bulan.

Jadi saya mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya meneruskan lagi program ini di seluruh malaysia bagi ramai penganggur yang menganggur di luar sana yang sedang mencari peluang pekerjaan.




1 comment:

  1. BetMGM Casino, Las Vegas - Mapyro
    View 인천광역 출장안마 detailed information for BetMGM Casino, Las 삼척 출장마사지 Vegas in Las Vegas, NV. 김포 출장샵 3200 Las Vegas Blvd S, Las Vegas, 서귀포 출장샵 NV 89109, 김포 출장마사지 US.

    ReplyDelete