Tuesday, August 11, 2009

GAGASAN SATU MALAYSIA

Malaysia adalah gagasan bagi mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik untuk masa hadapan. Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan adat resam serta harus bersatu hati memperkasakan jatidiri untuk mencapai matlamat negara. Penduduk Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum merupakan kekuatan dan kelebihan yang ada pada negara yang dapat memacu negara ke tahap lebih tinggi. Masyarakat berbilang kaum tidak wajar dilihat sebagai satu liabiliti atau kelemahan. Ini akan memberi kelebihan kepada kita jika kita melihatnya daripada konteks positif. Masyarakat berbilang kaum adalah satu realiti politik. Ia adalah keunikan Malaysia. Asas pertama konsep 1 malaysia ialah untuk menukar cara berfikir semua rakyat Malaysia daripada sikap hanya bersandarkan kepada tolenrasi semata-mata kepada penerimaan sepenuhnya masyarakat berbilang kaum.

Setiap komuniti dan kumpulan etnik mempunyai keperluannya yang tersendiri, sistem nilai sendiri , aspirasi sendiri, agama dan cara hidup sendiri, dan perlu kita menghormatinya sepertimana termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Adalah penting bagi semua rakyat Malaysia untuk menjadikannya sebagai sebahagian daripada jiwa, sistem nilai dan cara hidup mereka.

Satu Malaysia juga bermaksud satu jiwa, satu hati, satu wawasan, impian, dan hasrat. Satu Malaysia membentuk jati diri bangsa malaysia, bersama-sama memaju dan membangunkan negara kearah Negara lebih maju, sejahtera, stabil aman dan makmur, cemerlang dan mencapai wawasan 2020. Selain daripada itu satu Malaysia juga bermaksud bagi memastikan malaysia sebagai sebuah negara yang selamat dan terjamin, iaitu bukan sahaja bebas daripada sebarang jenayah tetapi juga kejadian tidak diingini dan bencana angkara manusia.

Bagi krisis ekonomi yang masih belum memuncak kekal menjadi cabaran yang paling mendesak. Sungguhpun malaysia cukup bersedia untuk menghadapinya, namun kenyataannya adalah krisis itu bermula di luar kawalan dan impaknya yang mendalam juga akan ditentukan oleh kuasa luar. Untuk membuat persediaan menghadapi cabaran ekonomi ini, kita perlu memperkenalkan sejumlah insiatif, termasuk satu pakej rangsangan yang bermatlamat, langkah-langkah meningkatkan pendapatan, menjamin deposit simpanan dan kempen penurunan harga. Ia akan membolehkan malaysia meninjau semula dan mereka pasaran modal dan landskap kewangan kita, dimana perlu, dalam pasaran dunia yang begitu pesat berkembang ini. Secara bersama, ini menggambarkan satu rangsangan yang hebat kepada jentera ekonomi kita.

1 comment:

  1. saya sememangnye amat bersetuju ngan pendapat awak...tunjukan kehebatan dan keharmonian negeri kedah

    ReplyDelete